Rabu, 26 Februari 2014

Bila dah cinta...

Bila kita dah mula mencintai seseorang. Segalanya bakal berubah sama ada kita sedar atau pun tak sedar. Cinta yang mendalam ada kalanya membuat seseorang lupa. Lupa akan landasan yang telah mereka lalui, bukan nak mengatakan sudah terpesong tapi mungkin alpa dan mula menumpukan kepada cinta. Tapi bukan salah cinta. Setiap manusia akan merasai cinta. Cuma baik buruknya kita kena sedar. Dalam bercinta adakalanya kita membiarkan diri sakit dan adakalanya kita biarkan sahaja apa yang berlaku. Ramai mengatakan jangan jadi mangsa cinta, tapi mereka tak berada ditempat itu. Bila dah cinta segalanya mungkin berlaku. Bila dah cinta, Hati terusik dibiar saja, Terluka seketika, Pulih segera. Bila dah cinta, Semuanya indah walau seketika, Biar dijiwa, Daripada tiada.